ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam tadi berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi semalam.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat 8 malam, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 101 orang daripada 33 keluarga manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lepas telah ditutup sepenuhnya pada 6 petang semalam selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Setakat jam 8 malam tadi, hanya dua pusat pemindahan sementara masih beroperasi di daerah Kota Setar. - Gambar fail
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
AWANI Ringkas: Polis Puas Hati: Tiada laporan kempen 3R di Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.